Thursday, January 17, 2013

bila jodoh sampai?

Semua orang dalam dunia ni pasti penah terdetik, bilakah jodohnya akan sampai. Siapakah jodohnya? Perlukah aku mencari jodohku? Benarkah dia jodohku? Persoalan-persoalan ini sering terlintas dalam fikiran kita dan tanpa sedari bahawa jodoh kita sebenarnya cukup dekat dengan kita.

EHHH???? SERIOUSLY????

YUP! jodoh anda sangat dekat dengan anda tanpa anda sedar. Mungkin jodoh anda disebelah anda ketika anda sedang beli jagung di pasar.maybe..cuma kita belum diizinkan Allah untuk mengenali jodoh kita. Jodoh luas definisinya. Sahabat itu jodoh kita. Jodoh yang Allah pertemukan dengan kita untuk bersama kita, mendengar luahan hati kita, menjadi pencetus semangat kita di saat kita rasa sedih sampai nak tergolek! 

Bukalah mata seluas-luasnya. Jodoh itu rahsia Allah. andai jodoh itu belum sampai?? Tepuklah dada,tanyalah hati. Pasti ada sebab mengapa Allah lambat pertemukan kita dengan si dia. Mungkin juga Allah tahu kita masih belum ready untuk si dia, walaupun kita dah rasa kita cukup ready. Sesungguhnya percaturan Allah itu lebih baik dari kita. Bersabarlah menanti. Mungkin penantian yang lama itu sebenarnya Allah sedang mempersiapkan jodoh kita untuk menjadi suami/isteri yang solehah untuk kita. Bersabar, berdoa dan bertawakallah. 

Tapi, macam mana pulak nak pastikan bf/gf I tu sebenarnya jodoh I?? cmne nanti kalau lepas kahwin nt I gado2 then cerai dengan dia?

Jodoh itu boleh jadi jodoh yang pjg hingga ke akhir hayat atau boleh jadi jodoh kita untuk 1 hari, sebulan, setahun. Ada sebab mengapa Allah pertemukan kita dengan berbagai jenis manusia. Untuk kita mengenal, menilai dan berfikir demi membimbing diri kita supaya semakin dekat denganNya. Andai telah termaktub di Luh Mahfuz jodoh kita dengan si Dia itu cuma seketika, redhalah. Pasti Allah ada perancangannya. Tapi kalau hati sudah suka, apa yang patut diragukan lagi. Tunaikanlah solat dua rakaat dan mohonlah petunjuk dariNya. 

so, jika sudah jumpa jodoh kita, hargailah si dia sepanjang tempoh itu dan andai jodoh itu masih belum tiba. BERSABARLAH. Allah sedang persiapkan diri si dia sebelum berjumpa kita. InsyaAllah~


SENYUM2 SELALU~  

No comments:

Post a Comment