Wednesday, January 16, 2013

LISTEN..

Isu 'LISTEN' memang hangat menjadi status2 di laman muka buku, pencicip dan yang seangkatan dengannya. dan ak terpanggil untuk berfikir sejenak tentang isu ini. Kenapa isu Listen ini menjadi perbualan ramai? Kenapa isu nama Allah yang mahu digunakan oleh agama lain tidak menjadi isu besar pada hari ni??

Siapa kata isu nama Allah bukan isu yang besar??? Siapa kata isu nama Allah tiada yang ambil peduli????? Persoalannya, adakah suara-suara kecil ini didengari andai kami BISING tentang isu nama Allah ini?? Andai kami berdemonstrasi, dikatakan kami ini tidak bersyukur dengan kondisi negara ini. Lalu, isu LISTEN ini menjadi titik tolak bagi mahasiswa untuk bersuara. Andai perkara ini masih dipandang sepi, dimanakah tempat yg betul untuk memberi pendapat dan isi hati??? Tunjukkan kami jalan yang BETUL itu??

Kami belajar tinggi mungkin dengan duit subsidi bukan untuk berdiam diri. Tetapi untuk berfikir dan menggunakan ilmu ini ke arah yang lebih baik. Salahkah suara-suara kecil ini cuba didengari??? Kami bukan suka cari pasal kerana kami juga sayangkan tanahair kami. Hanya sedetik cuma, fahami dan dengarilah suara-suara kecil ini.

No comments:

Post a Comment